Thursday, February 2, 2012

Kisah Daftar Pemilih: For the general election in 2012 (insyallah)

Sebagai rakyat, telah menjadi tanggungjawab setiap induvidu dimana2 negara untuk mendaftar sebagai pemilih apabila cukup umur 21 tahun. Hendak ditekan kan disini, amatlah setuju untuk dikatakan ia adalah sebagai 1 kewajipan dan tuntutan yg perlu dilakukan untuk negara kita..

negara apa? Negara kita
Negara apa? Negara kita
negara apa? Malaysia..... 1 Malaysia (dibace dlm versi Najib P.M)

Hendak dipendekkan cerita, seperti saudara2 yg lain, aku jugak turut tidak terkecuali untuk menunaikan kewajipan mendaftarkan diri sebagai pemilih, supaya layak bagi aku untuk membuang undi pada pilihan raya umum yg dikhabarkan pada tahun 2012 ini. Demi tanggungjawab, aku berusaha jugak untuk mendaftar demi 1 undi yg akan menentukan nasib mane2 parti yg aku pangkah. Setelah 2 3 bulan mendaftar, menjadi kewajipan aku memeriksa status kelayakan sebagai pengundi. Bagai dipanah petir rasenye, apabile rekod peribadi aku tak tersenarai (hitam mahu pon putih) dalam laman web suruhanjaya pilihanraya. Dan setelah dikaji selidik, tukang daftar itu tertinggal name aku rupenye. Jadi, aku disuruh mendaftar semule.

Ok, daripada situasi diatas, aku nak comment siket pasal system yg diguna-pakai dinegara kita ini. Ketika semua org terjerit2 mengingatkan anak2 cucu mereka utk pergi mendaftar sebagai pemilih, mereka ini lupe bahawa kite telah dinobatkan sebagai negara celik IT dan kite hidup di dunia tanpa sempadan. Oleh kata lain, guideline telah direka dan diperkemaskan oleh suruhanjaya pilihanraya dan manual serta procedure telah disediakan demi memastikan pendaftaran ahli berlaku seperti sebelom ini. Cume, apa yg kurang disini hanyelah kepekaan terhadap tools utk membantu memproductivekan hasil kerja itu sendiri.

Ape yg tuan2 dan Puan2 paham tentang system yg digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak.
Untuk memanggil sesuatu itu sbg system, die perlu mempunyai ciri2 dan fizikal seperti, mempunyai kebolehan untuk memprocess, memanipulate dan akhirnye menyelesaikan atau mengeluarkan 1 product penambah baikkan. barulah ia menjadi 1 system yg lengkap dan berjaya. Untuk menjayakan sesuatu system itu, 1 atau lebeh tool(s) perlu direka untuk membantu pemprocesessan maklumat lebik cepat dan efective.

Ape kaitan tool(s) dgn system pendaftaran pemilih ni?

Umum kita tahu yg setiap kanak2 yg berusia 12 tahun diwajibkan untuk mendaftar dipejabat pendaftaran, dan pejabat pendaftaran akan mengeluarkan sekeping kad (identity card) atau lebeh popular dan tidak ade function dengan name My-card. Jadi, sebagai rakyat seawal usia 12 tahun lagi, rekod kite semua dah ada pada majlis pendaftaran negara. Sebagai pemegang tampuk suruhanjaya pilihanraya, amatlah penting utk dato' dan tan sri berfikir secara rasional mcm mane nak memudahkan dan meringankan system yg ade supaye dia menjadi lebeh bergune dari sebelomnye. Idea seperti pendaftaran automatik, dimane setiap rakyat yg mencapai usai 21 tahun akan automatik didaftarkan sebagai pemilih dengan menggunakkan rekod2 yg ada pada pejabat pendaftaran negara akan menjadi tool yg paling sesuai sekali. Tidaklah sesusah yg dipikirkan kerana negara kita sudah kaya dengan lambakan pakar2 IT sekarang. dalam mase yg singkat mereka boleh buat 1 bridge connection antara badan2 kerajaan. Semua rekod dan data dah tersedia, daripada yg tua, sehinggalah yg muda.

Sikap peka dan prihatin terhadap kemajuan system yg sedia ada ini dapat menjimatkan masa, memastikan semua warga negera telah tersenarai sebagai pemilih dan mengurangkan beban tenaga kerja yg perlu pg rumah ke rumah, badan berkanun dapat mengurangkan duit yg dikeluarkan semate2 untuk berkempen menggalakkan golongan mude mendaftar.


Pikirlah demi kemajuan. Benda mudah dah ada, jgn masih nak duduk ditakuk yg lama. be active for future development.

No comments:

Post a Comment